Wednesday, November 9

Kek Mayonnaise


mcm tu ke eja dia . ma-yo-nes . . ma-yo-nis . . tah apa apa laa kannn ehee
hari nie kite buat kek yee kawan kawan ;)
da sedia ? jummmmm !!

tapi sebelum itu

Tips
kite keluarkan mentega dari freezer dulu . sbb nti senang nti na pukul . lembutttt jeee :)

ini dia bahan-bahannyaa

Ramuan
125g Mentega (sal ta suka berminyak sgt , so sal kurangkan skit)
120g Gula kastor
3 biji Telur
145g Tepung gandum (diayak)
2 sudu kecil Tepung naik sendiri (diayak)
2 sudu besar Mayonnaise
2 sudu besar Parutan kulit oren
1 sudu kecil Esen vanilla

Cara-caranya

1. Pukul mentega, parutan kulit oren dan gula kastor sampai kembangggg dan gebuuu >.<

2. Letak tepi jap adunan tadi . panaskan oven . ambil balek adunan tadi . .

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul pukul dan pukul

4. Lepas tuu gaulkan tepung sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan (gaul tao . jangan pukul) dan masukkan mayonnaise dan esen vanilla, gaul perlahan-lahan sehingga sebati

5. Bakar di dalam oven (180*c) selama 40 minit

Tips
cucuk kek tadi dgn lidi dan rasa lidi tuu dgn jari . if lidi tu rasa lembap means kek tu ta masak sepenuhnyaa . kena tambah masa lagi kayh :)


Siappp !!

nie buat time malam , sebab tuu gelap kat belakang tuu hehee

Selamat Mencuba !!

nie kek utk atiqah . hari tu dia text sal , dia kata dia mengidam na makan kek . dia na sal buatkan utk diaa -.-' macam macam laa kau kan atiqah . kawan punya pasal . sal buat laa satu untuk dia di pagi raya aidil adha hari tuu :)



ikhlas dari , sal