Tuesday, March 27

Perkara yang Tragis menimpa diriku sepanjang bulan lepas dan awal bulan Mac - PART ONE




Mukadimah hari nie panjng sikit . tapi sal rasa panjang byk lah .
Mari kita mulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim . .



Hidup nie mcm roda , kadang kadang kita berada di atas , dan kadang kadang kita berada di bawah . Pelbagai perkara yang terjadi dalam hidup kita seharian , sehingga sampai satu masa kita da ta bole na kawal dan mula hilang arah , dan akhirnya , lutut jatuh ke tanah , tanda putus asa . Macam macam cara Allah uji kita supaya kita lebih kuat beribadat kepadaNya . . supaya kita balek ke pangkal jalan . Dia masih bagi kita masa untuk bertaubat . . Alhamdulillah . Dia masih bagi kita bernafas . Dia masih bg kita tgk bulan tersenyum di atas sana . .

Ya Allah , kuatkanlah iman hamba hambaMu ini . . Kenapa aku masih takut akan kematian ? aku takut bila tiba nya waktu pagi , tiba tiba degupan jantung ku suda tiada lagi . keluarga , saudara mara serta rakan dan taulan mengelilingi tubuh ku yang kaku dan dibacakan ayat ayat suciMu . .


Apa yang aku dah buat sepanjang umur aku kat dunia nie ?
Pernahkah aku melawan ibu bapa ku ?
aku rasa aku pernah . dan dah banyak kali aku buat .
Selalukah aku meninggalkan kewajipan ku ? ada juga . kadang kadang lalai dgn duniawi  . teruk betul -_-

Sebagai seorang manusia , sal ta pernah lari dari kesilapan . Jika menggunakan fikiran kita yg masih waras , mungkin timbul rasa untuk bertaubat kepadaNya . . setelah sudah banyak kita lihat tanda tanda kiamat berlaku . tidak dinafikan lagi jika hari di mana semua makhluk berkumpul di padang mahsyar akan tiba tidak lama lagi . Setelah banyak perkara yg kita lakukan yang menghitamkan hati kita , kita buat tak tahu je , kita buat dekkk je , sedangkan kita dah berada di akhir zaman . .

sedarkah anda ? did you realize ? don't you feel it ?

Hari itu akan tiba , bila bila masa . diluar kawalan kita , 
itu semua kuasa Allah yang maha Esa . .




Sal bukan na ceramah pagi pagi nie . Tapi sal nampak banyak perkara in this 21st century da buat kita banyak terpesong dan cenderung untuk melakukan perkara yg Allah tidak suka .

Kita masih bertuah kerana hidup kita lengkap . Ada ibu dan ayah . Ada abang kakak dan adik . Ada kawan kawan di sekeliling yang sentiasa support kita . Ada rumah yang selesa . dan mcm mcm lagi . . Tapi malangnya ada diantara kita di saat ini melalui waktu waktu yang sukar . kehilangan ibu bapa . dibuang kerja . syarikat muflis . papa kedana . tade duit na beli makanan . kebuluran . mempunyai penyakit yang kronik dan mcm mcm lagi . .


Bersyukurlah . Bersyukurlah dengan apa yang Allah beri pada kita . Ucapkanlah Alhamdulillah .  bertaubat lah segera kepada Allah , kadang kadang kita ta perasan apa kesalahan yang kita dah lakukan . Tapi takpe . Jangan pening kepala . Allah tu maha adil , Allah masih bagi kita masa . Segera lah bersujud kepadaNya, kerana pintu taubat masih dibuka . gunakan lah masa yang diberikan dgn sebaiknya .

Tapi . . Jika anda enggan berbuat sedemikian . .

Jangan menyesal di kemudian hari . Di hari perhitungan kelak , Jangan lah pula nti kita menahan , merayu dan menarik ibu bapa kita yang menuju ke syurga , sedangkan kita diheret ke neraka setelah kita melakukan perkara yang mungkar . ibu bapa kita sudah didik kita dgn cara yang baik , tapi kita yang tak nak ikut . Na buat lagu mano ?


Jadi , kalau boleh . .
Luangkanlah sedikit masa anda untuk menghadirkan diri ke majlis majlis ilmu , dekatkan diri anda dgn Allah . Allah sayang hamba hambaNya yang mencari ilmu untuk akhirat kelak :)
p/s Kalau nak tau . gadis gadis sekalian , Allah lah boyfriend yang terbaik untuk kita mengadu sebarang masalah :) ta payah na topup bagai . hanya bersujud kepadanya . Mudah bukan ?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TO BE CONTINUE . .