Saturday, April 21

GuGurl GiveAway by Anis Athia


Zaman sekarang nie da modern moden . Macam macam adaaaaaa . Mcm Astro !

Dulu budak perempuan main teng-teng , batu seremban , sep sep tom tom bak . . Budak laki pula main gasing , layang-layang . . err . .apa tah lagi ? sal tak join la pula apa yg diorg main -_-' huhh .

Apapa punnn apa yg orang dolu-dolu main mesti outdoor . ada betul ?

Sekarang , the sims , dota , pes , ps 1 2 3 , x box , angry bird dan banyak lagi yg tak-ter-sal-describe . Sume sume tu main indoor kan ? Betul ?

. . . . .

Sal baru perasan . Orang dolu dolu , hidup bahagia , badan sihat jauh dari penyakit . Orang sekarang , badan sihat , tapi skali g check doctor mcm mcm penyakit dapat . terkejut makk !!

[ aku mewujudkan konspirasi ke apa ney ? ]

 Okay . Lupakan apa yg sal cakap tadi .

Sal just nk bandingkan .
Dulu kalau na masuk pertandingan / peraduan kena beli mag , surat khabar , tak pun tgk kat tv [tu pon nasib kalau ada tb] , pastu kena pos jawapan . kena g pejabat pos
[ erk ? memang tade kena-mengena langsung dgn apa yg sal ckp kat atas tadi kan ? ]

Tapi sekarang tak dahhh ~ [tapi ada lagi rasanya]
Dunia da maju !! Semuanya di hujung jari anda :DD !!

CONTEST ONLINE :D [ muka hepi mcm adik dapat result PMR straight A . huahua ]

tak perlu mag . tak perlu surat khabar . tak perlu air liur na lekat setem kat sampul surat lagiiiiii 

Hanya line internet , laptop/pc dan jari jemari anda yang hebat sahaja diperlukan :D hmmmm Mudah Bukan ?

Sal just na join contest nie . mana tahu . ada rezeki nak menang ke ann C; Alhamdulillah
dia ta suruh sal membebel pon . tapi sal . . err . . eheee . .


senang je na join . korang just klik je banner kt bwh nie . 
but this is especially for girls tao . guys ta bole C:





 love , sal

Cik Fie Nak Tanya Apa Kelebihan Blog Dia Laaa

hari nie hari sabtu . patutnya sal keluaq jenjalan . tapi hari ni tak . tk bole . sbb 3/5 orang dlm rumah nie demam . demam kura kura . batuk . selsema . tak berhenti . cian . hingga sal sendiri pon dapat merasa aura demam tuu . terasa seram sejuk je badan ney . errrrr [menggeletar]

hiasan semata mata

Okayh !! kite bukan nak bincang psal tu . 
Tapi !! [haahhh tah tetiba tapi ??] sal nga interested nak join satu segmen nie . 
Cik Fie yg buat . dia ckp , "Join Segmen Ni Cepat Kalau Nak Difollow Sebelum Pukul 4 Petang " 
Huwaaaa tetiba sal interested nak join tapi time tu dah pukul 4:01 . . sal igt da tade harapan . sekali dia extend daaaaa sampai pukul 5 . kihkihkih C;


so now , sal kena , buat satu entri pasal " Cik Fie Nak Tanya Apa Kelebihan Blog Cik Fie "..
dari perspektif sal , blog Cik Fie :
+ nampak anggun dan menawannnn .
 sal rasa Cik Fie suka kaler purple , haha  betul tak Cik Fie ?
+ even dia simple , sal sukaaa !!
+ ringan , kejap je loading C: mesra alam 


Haa kalau korang sempat nak joinn , klik banner nie




sekian . terima kasih .
love , sal

Patutnya dari dulu lagi saya dah tinggal kan awak (!)

saya da cakap dah dgn awak . saya cakap tak nak . tak nak lah !!
kenapa na paksa-paksa saya mcm nie ? saya ta suka laa . .

Awak buat saya hilang kepercayaan saya kt awak .
Dulu awak kata , awak akan simpan semua rahsia yg saya da bg tau awak .

Tapi . awak . tapi awak mungkir . bukan sekali . dua kali . tapi tigaa kali dah .
sy igt awak da berhenti buat perangai mcm dulu tu . tapi awak buat lagi .
awak bg tau semua org pasal saya -_-'' mana saya nak letak muka saya yg leper ney ?

saya . saya . saya dah ta bole percayakan Siti ~~wuuuuu  Tercetus revolusi ini Tapi ironinya cinta kami tak jadi [eh tetiba lagu existplak]

Saya tercair mcm aiskrim vanilla letak tgh panas bila awak ungkapkan kata kata awak . dengan janji-janji manis mu itu . . ohhh dunia ini Penuh kepalsuan Oh mungkinkah tiada Keikhlasan . .

Saya setia dgn awak . sy selalu je dengan awak . tapi awak tak setia dgn saya . saya tau , saya bukan taste awak . kulit sunburn . hidung tak mancung . tembam mcm anak panda baru lepas makan . tak cun mcm neelofa . dan mmg penat gila kalau na mention semua nya mcm penat beratur na beli tiket wayang hari rabu time cuti sbb Upacara pertabalan Agong hari tu . 


Saya tak sangka , awak sanggup buat mcm nie kat saya . 
setelah segalanya kite lalui bersama
T.T . .tsk . . tsk . . [ nangis mcm tgk babak sedih dlm cite Lagenda Budak Setan]



sila klik utk tumbesaran yg ideal


Bole pulak awak buat preview kt saya ?
Bole pulak awak minta saya utk "Publish Now'' ?

Sebab awak la , saya kena cari gamba na cover blkg tu [ haa ? blkg ??]
Nampak plain pula kalau ta letak cover . buruk rupanya .

Saya da fikir masak-masak
Facebook Timeline ? NEVERRRRR (!)(!)(!)

Tp oneday . awak akan automatically change sendiri . saya tau . saya redha  . .

 
 love , sal

Friday, April 20

WORLD Book Day Promotion C:


Ini berita baik untuk orang yang gila buku mcm sayaaaaaaaaaaaaa hahhhaaahaaa
HOOO-RAYYYYYYY :D tapi . tap tap tapiiii an . sal rasa mcm ta sempat je nak p sana . hmmmmm . tape la . tade rezeki maknanya . mungkin ada rezeki coming soon C:

Kepada anda yg free , sila lah terjah C: nti cerita kat sal mcm mana suasana di sana kay ?

 So here , the promotion from Book Xcess bookstore . .


 Im looking forward to seeing you Mr Phonebook and Mrs Chicken Soup
I ain't got time for that now . but but but . I'll make sure , before the voucher got expired , I'll get myself to the nearest bookstore C: I wanna go to kunokuniya huahuahuaaa . ey ? what day today ? Ya Allah , its 20th already . . err Ths weekend i guess [tgk kalendar] 
- make it real sal . haha ho yeahhh :D
and i'll bring the news to you guys ,
the news about finally-i-found-them HAHA [buruk gelak]
i'll update soon when i got them huhu ..


Any enquiries, BOOK XCESS FACEBOOK

love , sal

Thursday, April 19

Mari berdiet style Nabi C:

Ini adalah cara diet Nabi Muhammad saw. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana beliau pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan. 

Apakah cara diet Nabi yang membuat baginda sihat ?

piramid makanan


Berikut beberapa cara yang Nabi kita amalkan dalam diet harian hidup baginda :

  1. Jangan makan SUSU bersama DAGING
  2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
  3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
  4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
  5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
  6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
  8. Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: KOKTAIL)

Rupanya aku tersalah ambil makanan, yang selalu aku buat, makan buah bersama susu, buat jus, kemudian ikan dan salad.

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Nampak memang sukar sedikit.. tapi, kalau tak percaya. cubalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+(positif) sedangkan dalam ikan mengandung ion-(negatif), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.


Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan seperti membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air air) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah SWT "Barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya Allah, Allah SWT akan menggandakan 10 kali lipat pahala kepadanya"


Wednesday, April 18

i love my school ^-^


This is super niceeeee video . 
Reminds me of " me " in schools , both , primary and secondary C:



love , sal

Wednesday, April 11

Tidur cara Nabi C:



PETUA TIDUR NABI SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. 


Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

 





1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.



4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.


5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.



8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 

INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN . .

Tuesday, April 10

Apa yg anda boleh buat dgn voucher buku BR1M ?



Apa khabar semuaaa ? Harap anda anda dan anda sihat belaka C:

Sal jenis yg suka survey merata-rataaaaa sampai laa sal jumpa benda yg betul betul memenuhi citarasa sal . Kawan kawan sal sume da hafal da perangai sal mcm mana hahhh diorg mesti penat gila punya kalau jalan dgn sal haha

Buat penggemar buku berbahasa Inggeris , fiksyen mahupun tidak fiksyen , dapatkan buku buku anda dengan harga yang berpatutan . .





 di sini :D
------------------>

BookXcess
L3-57 Amcorp Mall,
18, Jalan PSN Barat
46050 Petaling Jaya,
Selangor D. E.
Malaysia.
Tel: +603-7956 0455


~~~

Al-kisah . .

Last month sal , qila , jiejie bersama dua orang baby nya , Zaim dan Amin
p singgah AMCORP MALL, PJ sat , nk p beli buku [gara gara voucher buku]

Qila sempat pulaaa posing depan entrance mall C:



Banyak sangat sangat buku yg menarik di sini . Bermula dari bidang architecture sehinggalah masak memasak . Dari journal hinggalah ke novel . Dari baby hingga ke veteran . Dari yang nipis sehingga setebal tebal make-up artis opera cina .
Semuaaaaa buku buku nieee masih dalam keadaan baru [tanda seru] erk ?
 i mean 
THEY WERE NEW . FOR SUCH A CHEAP PRICE [tanda seru]





Zaim dan Amin pon khusyuk membaca . Suka betul bila diorg jumpa buku-buku yg sama watak cerita kartun dlm tv yg diorg tgk hari hari . Wonderpets la , Bob the builder la , Dora laa dan banyak lagi yg sal rasa kalau sal mention kat sini sampai hari jumaat minggu depan pon tak habes . haaa tu dia haihhh ~



Mungkin ada yg berminat ??
 bole la datang sini C:


Nampaknya Qila pon khusyuk membelek buku-buku

Lepas da shopping buku . Kami pon round round satu mall . .
Fortunately , hari tu ada flea market . Every level ada open table , jual barang . Macam macam adaaaaaa . HAAA MACAM ASTRO WEYY [tanda seru]
Dari sekecil kecil benda hingga sebesar besar alam . You name it [tanda seru]
 

ada jual kek

blackberry bold . 


mesti korang mcm " ea ? gila ke hape ? tu kan kek ? "
kalaulah blackberry dan apple is just a type of buah , kan senang 
Okay . aku tau nie tade kaitan . .

dan itu adalah blueberry cheese cake . harga dia berpatutan . aku beli dia dua . rasa dia sedap gilaaa . tade la sampai jadi gila [ mak sal marah betul kalau ckp ckp then ada word gila kat penghujung ayat . mak benci gila org ckp mcm tu . maafkan adik mak , lidah tersasul kekadang ]



Banyak-banyak table yg dibuka . . table nie paling sal gemar lihat . asal ayat aku cam nei ? ahhh lantaklah [tanda seru] Table nie penuh gilaaa dgn hello kitty . tapi bukan sbb tu sal suka  . kaler pink tu wehhh . cayewww shukeww cangat :B


sal suka tgk rice cooker nie [tanda seru byk kali] 
tapi tak tahu la kenapa -_-



take a break for some refreshments



walk more . .




 eat more C:





Perjalanan kami tidak terhenti di situ saja . 
seterusnya kami p singgah SUNWAY PYRAMID pulaaa utk cari kedai buku lain . .


Pilot and the co-pilot


The avenggers pasenggers . 
Amin tido sudaa . cian maksu qila kena pangku . .


satu benda sal suka pasal car park pyramid .
tu [tanda seru]  lampu kat atas tuuu [tanda seru] . kat sini ada parking censor . so menyenangkan proses pencarian parking . yg da merah tu means da occupied . kena cari yg green light kay .


 sesampai saja di MPH . .

Buku nie style [tanda seru] full cerita tentang Nabi Muhammad SAW
buku nie mcm passport . kulit nya yg keras mungkin menjadi salah satu sbb ianya agak mahal.





 Qila pon da pening kepala dah na beli apa lagi . .


Sesinggahya di Popular punnnnn ~



 




 
 change his diaper 


enjoy time for some snacks before we gets home

 Banyak ckp pula si Amin nie . slalu susah dia na bercakap dgn org yg dia ta kenal
Qila pon rajin melayan diaa haha





Sesampai saja di rumah . Sesudah Isyak . .


Mari lah menderma :D
Hulurkan tangan , Ringankan beban
Sal teman mama p ceramah Dr. Fatma di sec 7

 




Alhamdulillah C:
Hari nie segala yg dirancang berjalan sgt baik . Jadual lengkap dipenuhi dgn aktiviti-aktiviti yg berfaedah :D

Novels from Book Xcess

Sal ada lagi baki Lima Puluh hinggit voucher buku .
Ma required : Phone Book
so i should find one for her 
and if ada lebih , sal na beli novel Chicken Soup or others motivational books [bole increase confident skitttt huhu]


p/s simbol mcm [tanda seru] ni bukan saje saje sal buat . tapi . . OH MALANGNYAAA . . KEYBOARD KU ROSAK . ada certain-certain huruf je bole guna [sad face] . harap maaf . kami akan perbaiki segera semua masalah ini . segala kesulitan amatlah dikesali. [bunyi tettttttttt ~ menandakan tammat siaran]

source : Book Xcess Website / Book Xcess Blog

 love , sal

Sunday, April 8

Perkara yang Tragis menimpa diriku sepanjang bulan lepas dan awal bulan Mac - PART THREE




A week after practical . two weeks after practical . three . . okay ! enough ! stop with counting weeks . 10:32 in the morning - just doing my chores at home . eyka and qila usually having brunch with me at this time ..

Oh i missed both of them !!
Need to contact my ayangggs :))

Sal dapat tau mak aqilah sakit . terus sal text dia . tanya khabar . ingin tahu perkembangan .

_________________________________________________________________________________

     ( 5th March )

21:47 pm
Sal, mak i masuk hospital smc. Kemungkinan usus tersimpul. Esok buat city scan


     ( 6th March )

22:32 pm
Buat masa ni okey sikit . Tapi doc still tak bagi makan lagi.  Masuk air je
Malam i jaga . Siang ayah n abang . Gilir gillir. I tak boleh cuti lama lama


     ( 11th March )

14:16 pm
Much better. Tapi dia still rasa sakit kat perut . Dia still kena makan bubur je n sup .


     ( 13th March ) 

20:53 pm
Sal . My mum operation right now. Please doakan agar semuanya selamat dan berjalan lancar.

- Sal terbaca post baru qila

     (14th March )

08:26 am
Sorry late reply. My mum dah selesai operation jam 11.45mlm. Tapi sekarang masih belum sedar n keadaan pun belum stabil. Nurse pantau 24 jam.

13:32 pm (sal's reply)
Sorry dear I ta dapat datang tadi . Kereta penuh . I wakilkan my mum je . I harap you tabah menghadapi semua  nie . I tau you kuat ! anythg text kayh dear .

14:34 pm
Mak dah tak ada

____________________________

Sal terkejot lepas baca text dia . Cepat cepat sal bg tau mama . Time tu ma baru je balek dari melawat mak qila , dalam setengah jam mcm tu . Lepas sal bagi tahu , ma terus terduduk dan meletakkan tangan ke dada akibat terkejut . ma terus beristighfar . 2 min lepas tu ma bangun dan g mencapai phone dan call sume jiran terdekat .

Itu lah text terakhir dari qila yg sal terima . Sal terus call dia . banyak kali sal call . tapi dia ta jawab . sal harap dia kuat semangat time nie . sal dapat rasa apa yg dia rasa . sebak sangat . .

Sal call eyka . Eyka baru je lepas dgr annoucement ttg apa yg terjadi . sal terkedu sebentar , ta bole na cakap dgn eyka . eyka ckp nti dia datang melawat . kami harap qila tabah menghadapi dugaan Allah ini . Kami sentiasa ada utk bg semangat kepada dia . kami harap dia kuat . . 

Arwah ibu qila masih di hospital . late petang mcm tu baru sampai van dari hospital . 
sal datang melawat pada petang tu . rumah qila ramai sangat orang datang . orang keluar masuk silih berganti membacakan kalimah Allah . 

Sal ada mention yang sal takot akan kematian bukan ? sal bukan takot akan kematian sal sendiri malah sal juga takot akan kematian org lain . sal takot tgk mayat . sal takot g kubur . tapi sejak abah da tade nie , sal rasa berani sikit . tapi kalau ada org yg takot takot kan sal , mmg terketar juga la .

Bismillahirrahminirrahim . itulah ayat yg sal ucap bila sal masuk je rumah qila . sal da prepare fizikal & mental , supaya perkara buruk tidak berlaku . sal masuk . sal duduk tepi dinding . dan mula membaca yassin utk disedekahkan kepada ibu qila . sal tgk je qila . qila duduk di sebelah jenazah ibu nya . sal rasa anda semua tau mcm mana keadaannya time tu . sal ubah tempat , sal duduk sebelah qila . dan terus membaca . sal ta bole tahan rasa sebak bila baca yassin . sal dpt rasa perasaan yg sama time kenduri tahlil abah . setiap kepulangan tetamu tetamu yg datang buat sal menangis . sebab setiap tetamu yg pulang akan membuka kain yang menutupi wajah ibu qila sebagai penghormatan terakhir . .

-- Jenazah akan dikebumikan esok pagi kerana menunggu kepulangan along dari sabah . sal dapat lihat mata jenazah belum tertutup rapat . qila berulang kali mencuba utk menutup mata ibunya tapi terbuka semula .

Esok pagi nya . sal ta sempat g solat jenazah akibat tido lambat mlm semalam . rugi betul !
ma dah kejot dah pagi tu . lepas solat subuh sal tido balek . atoyai ~

-- ma cakap mata mak qila tertutup rapat . mungkin sebab kepulangan along . Cik Timah (jiran sal , ibu kepada faiezah) turut serta dalam proses pengurusan jenazah . Cik Timah ckp tubuh jenazah sangat lembut masa dimandikan . memang tidak dinafikan , arwah adalah insan yang rajin beribadat dan membaca al-Quran .

Setelah semua urusan selesai .  .

. . sal ta bole na cerita lgi . Sal rasa da panjang sangat sal cerita nie . .
T.T

Apa apa pun . .

(qila in the red scarf . eyka is beside her)

Sal bangga dapat kawan macam Aqilah . sebab sal nampak dia sangat tabah menghadapi segalanya . Ta mcm sal dulu , berminggu juga laa na recovered back . 
Sal sangat bangga la dpt kawan mcm kau Aqilah !!

p/s beberapa minggu lepas tu , qila update blog dia . .

love , sal