Thursday, May 31

Huishhh Hilang mood nak sarapan ( ´_⊃`)



(゚ヮ゚) Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Bangun pagi murah rezeki ✿✿✿

Hang da breakfast dah ? breakfast apa ?
Nasi lemak ? Roti canai ?
Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (〃^∇^)ノ ♫♪♪♫♫♪

Aku nga breakfast tadi . Aku tak berapa suka makan berat time pagi. Nanti ta bole jalan. Rasa beratttttt je na gerak dari meja makan. huhu. Na makan berat pon bila pukul 10 mcm tuuu. Haaaa baru feel breakfast datangggg (marilah~ marilah~) 

Dah menjadi kebiasaan bagi aku utk membuka peti ais dan menjenguk susu sekotak , bawa keluar then letak atas meja. Buka almari amik mangkuk/cawan feveret. Buka laci amik sudu feveret. Ambil posisi di meja. Capai taperware, buka dan tuang isi dalam mangkuk, coklat melimpah-limpah ke ladang gandummmmm , Pofffff ! Jadilah koko crunch !! Duduk, baca doa dan makan !!

Haa itulah aku !

Tapi. Tadi ada somethg yang menimbulkan banyak tanda tanya kat otak aku. Da halfway aku makan , baru aku sedar . . 


ada benda yang tak kena kat kotak susu nie ◪_◪ . .

Eh ??
Nie bukan tanda halal yg sebenar 


choiii ~ patut laaa . . Hampa je aku rasa tadi . .

Selalunya sal ( ke-tidak-tetapan penggunaan nama sendiri dan aku  ; kekeliruan identiti ) beli susu low fat. Yang ada gambar awek seksi tuu. Tapi hari tu giant kata stok dah habis -____- terpaksa laaa amik fresh milk tanpa segan silu. Hilang bersemangat na breakfast bila tade gambar awek seksi kat kotak susu huuuuuuuuuu  (◕︵◕)





Lepas nie dah tak beli dah fresh milk tuuu ! Hampa . . hampa . .
Dah hampa sangat sangat nie . .

p/s Inginkan emoticons seperti di atas ?
Klik
nie ( ='o'= ) ( ='o'= ) ( ='o'= )



 love , sal

Tuesday, May 29

Aku buat masa sekarang nie :)


Assalamualaikum abang cantik dan kakak hensemmmmmmm . . 
eh ? mcm ada benda tak kena je -_-?

 
Sekarang nie aku da jadi bisneswoman !! haaaa kelassss jemahhh ~~
Aku da bisnes tanam anggur. Dah makin maju dah bisnes aku sekarang. Kalah AC Milan jual gelang . huaahuaaa

 hiasan semata-mata

Sejak duk rumah nie, sambil jadi pengusaha anggur , aku ada juga buat kerja sampingan. Sekarang aku dah jadi "unpaid maid" part-time dan "penganggur terhormat" full-time :) HAHA

Mama tak bagi aku kerja laaaaaaa. Sedih betul. Ma suruh kemas rumah . .
Haihhhhhhhhhh. . . . . . . . . . Eppppp ! Tak baik mengeluh la sal !! Haa okay okay ! 
Aku kena kemas rumah pon sbb abg aku nak kawen. Tapi lambat lagiiiiii . . chill la mamaaaa . .

 
 Bertepung tawar katanya haram , betul ke ?

Time pagi pagi aku relax skit kemas rumah. Bila tiba jeeee petang, anak buah aku , Amin dan Zaim balek dari sekolah. Perghhhh rumah secantik-cantik rumah , bole jadi reban ayam dgn sekelip mata je sebab budak budak nie. Mengeluh aku hari hari. Asyik dapat dosa free free je. Tadi Amin da mencabar kesabaran aku. Tadi time makan malam , bole pula nasi tuu dia buat tepung tawar kat abg dia -_______-'' parah parah . .


Tadi time google image tepung tawar , terjumpa image nie plak. Nie kalau bg kat kawan aku si kamek nie mesti suka diaaa ahahaa :)

 
love , sal

Monday, May 28

TUTORIAL : Cara na selit kan video dr youtube ke blog post



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia . Hari nie ter-rajin pulak na post tutorial . firrrrst time nihhh :) salah silap tolong tegur ya . .

Mungkin ada yg pening kepala. Mcm mana cara na letak video kat blog ?
Sebab pernah terjadi, kawan aku sendiri p download video di youtube, then p upload kat blog . Aku pon pelik . So aku ajar dia cara senang :)

Mula-mula . .

1 | Pilih video pilihan anda di youtube |



2 | Klik 'Share' (boleh didapati di bawah video pilihan anda) |



3 | Seterusnya, klik 'Embed' |




 4 | Kod html seperti di atas akan tertera , Copy semuanya . . |




5 | . . dan paste di mana mana yg anda suka :) siap ! |


Semoga berjaya :)

Bila bangun pagi :)


Arghhhhhh !!


 Aku selalu buat mcm nie HAHA
tapi tade la exactly sebijik macam nie . memang penipu laaahaiii . set alarm pkai radio tuuu ta penah guna lagi ;)

Sunday, May 27

Pesan mak ♥ The Power of Assalamualaikum & Waa'laikumsalam


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)

Bila cakap pasal mak mcm mcm aku nak cerita . . .
Tapi aku bole cite sikit je. Kalau aku cite semuaaaaa , sampai Isnin minggu depan pon takkan habes . . Confirmmm !! 

So hari nie na cakap satu topic yg mak aku selalu pesan . 


Instead of using Hye or Bye, by using Assalamua'laikum dan Waa'laikumsalam , it'll sounds more beautiful isn't it ? 

Hye dan Bye tidak membawa maksud yg baik terhadap kita. Ianya ta memberi apa apa profit kepada kedua-dua belah pihak.  Kalau kita replace dgn Assalamualaikum dan Waa'laikumsalam , ia akan jadi lebih bermakna kerana kita telah mendoakan yg baik baik kepada org tersebut. Ada faham kah ? ta faham bole tweet aku !

Mama marah betul kalau aku ckp Hye or Bye.
Mama kata , " . . kita kan org Islam beri dan jawab salam kenalah beradab ". Sorry mama.

Dua perkataan nie da sebati dalam hidup aku. Sejak kecil aku dibesarkan dgn perkataan sebegitu. Dah jadi habit aku utk menyebutnya. Now i know the Power of Assalamualaikum & Waa'laikumsalam towards us.

Sekarang , aku kena ubah perspektif aku. Aku kena replace Hye & Bye tu kepada Assalamua'laikum & Waa'laikumsalam.

Mungkin da ada sikit improvement lately nie , anda bagaimana ?

klik utk tumbesaran yg sempurna :)

Oh ya ! Lagi satu perkara. 
Kalau boleh, Assalamua'laikum & Waa'laikumsalam jgn di-short-form-kan kepada salam dan wsalam. Sebab nti ta sampai maksud nya :)
Ini serba sedikit yg sal bole share. Salah dan silap harap ditegur. Terima kasih :)

*  Untuk Mereka Yang Keliru Tentang ASSALAMUALAIKUM, SALAM dan AS SALAM


Monday, May 14

Aku sedang mencari . .

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia :D

Haaaa fikir lain letteww ? mesti korang fikir aku sedang mencari kekasih hati an annnnn ? Baik mengaku ! kalau tak aku tembak ! haha

Okay tak lawak .

Aku sedang mencari nie . . 

SATU .  | Sebuah buku bertajuk "Soalan Bocor dari Kubur" |

Maaf gambar rajah kurang jelas . 
Haaa buku nie aku rasa bole dapat kat kedai buku berdekatan . MPH barangkali (bole baca kt situ terus , tak payah beli huhu)  kalau tade kt MPH aku p la kedai Ah Chong tak pon kedai Ali . mesti ada kat sanaa Wahhahahaa . RM15 jeeee . bole motivasikan diri :)

DUA . | Tudung Hoodie (aku tak sure nama dia act hehe) |

Aku tgk show WHI hari tu (Wanita Hari Ini laaa . ta penah tgk ke ? )
-- tetiba nampak ada salah sorang dari tetamu tu pakai tudung nieeee . . kiutttt sangat >.< terasa nak beli . tapi material dia lain dari dlm gambar nie , yg tu mcm err ..  tak tau na describe mcm mana . . kain dia soft mcm shawl tuu . . ntah laa . . Yang penting dia labuh tutup dada :)
 Aku da cari kat kompleks , tapi tak jumpa :( hmmm


TIGA . | Moustache Ring |

Tips : Kalau nak pakai cincin , ikutlah sunnah Nabi .
 Pakai cincin jari manis / kelingking :) 
Pemakaian cincin di jari lain ta berapa na sedap mata memandang . .

Aku tak tau kenapa aku suka tgk design moustache nie lately (geleng2)
Mungkinkah sebab ianya comel . . mungkinnn . . hmm . .

Aku duduk Shah Alam . Hangpa jangan lah kena kan aku dok bg idea kat aku p cari jauh nunnnn kat area utara lahai ~ penat lerrr na p sana semata-mata na cari objek2 diatas . Tapi kalau on9 shop tape :) hehee kalau ada sapa sapa jumpa bagi tau naaa :D jasamu akan ku kenang ! Ecewahhh !!

love , sal

SimSimi , robot bercakap berwarna kuning



Haha ! Tajuk tak blehhh blah ! sebelum tu . .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada anda semua yang berada di rumah mahupun di bustop sri iskandar yg duk ralitt menatap ipad duk scroll scroll tuuu ;) ahaiiiii ~

SimSimi adalah robot yang boleh menjadi teman anda berborak mcm Siri , Sara dan Iris di phone anda :)

click for more info
Aku baru dapat tahu tadi . huhu . Semangat plakkk aku nak cerita pasal SimSimi nie kat korang :) haha .

  Pandai gossip plak Sim niee


HAHA ! NIE LAWAK :D !


cheese !! betul ke aku gedik ?

 ta pasal pasal g nyanyi time jiejie chat dgn dia tadi haha


 confident jee -_-


awwwww . . Donghae ?! -_-" choi ~~

| Bole didapati di Kedai Apple & Android berdekatan dgn andaaaa . . |


Try borak dgn SimSimi . Peramah orangnyaaaa :)



love , sal

Saturday, May 12

Mari peroleh pahala :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hope you are in pink of health ! 

 amboi ? melawa kau hari nie ? nak pegi mana ?

yeahhh !  I like pinkkk ! Kitewww suke shangattttt >.< 
Okayh tade kena mengena -.- maafkan saya

| Perbincangan diteruskan |

Cheq na habaq mai nieeeeeeeeeee . . . Kawan cheq ada buat business skit . 
Bisnes sambil beramal . Nie project course dia . Tapi aku rasa nie benda yang bagus untuk diteruskan eventho dia da abes pon study course tu . adakah aku betul ?


Business nie bole buat 3 pihak tersenyum :) 
Tuan punya bisnes , Pembeli dan Penerima sumbangan 


Sebagai seorang muslim dan muslimah , kita kan kena aim here after :)

Hampa suma na buat pahala dak ? Nak ? Baguihhh !
Senang jee niee . . Kacang goreng !

Selain hampa senyum kat orang ramai untuk achieve pahala an , 
 Tak kesah la umur korang berapa , tapi bila korang simply ukirkan senyuman di wajah korang , Nescaya ! Korang akan tampak lebih muda dari sebelumnya ! Comel dan muda :)
Percaya tak ?? Percayalahhhhhhhhhhhhhh ~

Haaaaaa meh g website kawan cheq nie . Hang p la shopping kat sana . Sambil hampa suma p shop , hang dapat pahala juga sebab tanpa hampa sedari hampa juga menderma dalam masa yang sama . .


Awat ?
Hangpa tak percaya lagi ka ?
Hangpa p tgk sendiri la hehhhh

Klik je haa kat banner bwh nie

 Aku ada letak banner nie kat belah kanan blog aku . jumpa dak ?
bila bila masa korang free , korang klik la situ . tgk apa ada naaaa . .

Mari Membeli Sambil Menderma :)
Money , It's in your hand :DD 
(haha suke plak aku guna ayat nie)

p/s , aku cakap loghat apa pon aku tak tau . aku main bedal je . ehee . 
harap maaf

love , sal

Friday, May 11

IMAX & Fullhouse


A day with my neighbor , Aqilah , were Aweeeeeesome !!

Venue | SUNWAY PYRAMID SHOPPING MALL , PJ
Day | Wednesday 
Date | 11th April 2011
Holiday | Cuti Pertabalan Agong 
Transportation | KTM & Bus








| Da lama ta naik KTM . da berbulan dah rasanyaa . terkejut bila dapat naik train baru huhu . Banyak kemudahan yg ada dalam train tu . Dari couch first sampai couch akhir tade pintu antara couch dgn couch . So kalau korang na buat shooting kucha kucha hota hey , babak lari lari dalam train pon boleeeeeeeee ~ ahahaa|







Venue | TGV Cinemas . Level R
Tel | 603 2381 3535





| Aku rasa bongoks gila sebab kena Q panjang . ada laa sampai sejam .Agak2 kalau baca paper dah habis an ? dah bole buka tv layan cite spongebob lepas tu , ye dak ? Patut nyaa aku book ticket dulu . if tak tade laa kena beratur panjang cenggini . Moral hari ini : Sediakan payung sebelum hujan .  

Tu lah . Tak tau na choose cite apa . Bajet nak decide kat wayang la kununn . Sekali panjanggggg gilaaaaaaa . Mmg terlebih masa utk "deciding process" perlukan . Berpeluh beratur.  Kalah iklan rexona .  Igtkan ticket da abes , sbb kt dpn aku ada satu bangsa nie bawak group dia ramai ramai p beli ticket . haihh nasib aku baik hari tu . last last dapat juga ticket aku :) yayyyy !

Wrath of The Titans (IMAX 3D) menjadi pilihan . Sangat berbaloi eventho mahal . Aku da lama gila tak tgk wayang . dan aku bukanlah manusia yang gila akan wayang . Tapi sejak aku g tgk IMAX aku jadi addict . Nie semuaaa aqilah punya pasal . HAHA . Jahat gila aku salahkan dia ;) Sekarang aku asyik ajak dia tgk wayang . Hari tu tgk cite The Avenggers . Hari nie aku nampak iklan baru Dark Shadows , ada plak mamat hensem belakon . haha . na g tgk wayang lagi lahai ~ 

   Aku bagi tau qila aku da addict tgk wayang .   
Dia suruh aku beristighfar :) Terima kasih sayang . . |








Venue | Fullhouse Lifestyle Store & Cafe  (just directly below Esprit)
Level | LG 1.96
Price Range | RM 5 - RM50
Tel | 03-5621 9960








| A good deal to look at when you’re at Fullhouse would be 
the set menu which is served from 12pm – 4pm
Sets range from RM13.90 – RM18.90 for soup, main course, drink and dessert 
which is pretty good. | - thefoodaholic.com

| Monday - Friday . Except public holiday and weekend |


http://farm5.staticflickr.com/4058/4238470769_e212e88e18_z.jpg?zz=1 

 Ice lemon tea & Apple juice

INI AYAM KAT BAWAH  ADA SAMA KA SAMA INI GAMBAR ?

 
Wok-Sear Chicken Chop  (RM 16.90)
Grilled chicken thigh served with mashed potato, daily vegetable and 
black pepper raisin gravy
 
 Al-Funghi Spaghetti  (RM 14.90)
Sauteed spaghetti with oyster mushroom, chicken broth and asian flavor.


 

The atmosphere makes the food temptierrr C:












love , sal